Boikot Pembantu INA, Sebabkan Paket Kebijakan Atasi Krisis Ekonomi MALAYSIA Macet
Henti hantar amah jejas sektor awam
Cuepacs bimbang produktiviti kakitangan terjejas
Oleh Han Kar Kay
bhnews@bharian.com.my
IPOH: Cuepacs bimbang tindakan kerajaan Indonesia menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah akan menjejaskan produktiviti penjawat awam dan melambatkan sistem penyampaian agensi kerajaan.
Presidennya, Omar Osman, berkata dalam situasi kedua-dua suami dan isteri yang bekerja sebagai penjawat awam, salah seorang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau cuti sakit jika pembantu rumah mereka tamat tempoh atau menghilangkan diri dan tidak boleh diganti.
Beliau berkata, cuti secara mengejutkan itu akan menyebabkan operasi jabatan kerajaan terutama yang melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tidak dapat bergerak sepenuhnya sehingga menjejaskan usaha menangani krisis ekonomi.
"Kakitangan rendah yang mempunyai ramai anak dan terpaksa mendapatkan orang gaji akan terjejas jika pembantu rumah melarikan diri dan tiada pengganti.
"Namun, pegawai berpangkat tinggi tidak akan terjejas kerana mereka mampu mendapatkan bantuan pembantu rumah dari Filipina.
"Cuepacs mencadangkan supaya kerajaan mengadakan skim latihan khas dan program induksi untuk melatih pembantu rumah supaya mereka dapat menunjukkan disiplin yang lebih baik," katanya di sini, semalam.
Omar berkata, kerajaan mesti mewajibkan majikan dan pembantu rumah menghadiri program induksi secara bersama untuk memastikan pembantu rumah memahami kehendak majikan.
"Amah yang datang dari tempat berlainan di Indonesia mempunyai budaya yang berbeza dengan rakyat tempatan dan untuk memastikan mereka memahami kehendak majikan, kedua-dua majikan dan amah wajib menghadiri program induksi bersama," katanya.
Omar berkata, Kementerian Sumber Manusia juga patut menetapkan gaji minimum untuk pembantu rumah tempatan agar rakyat Malaysia juga boleh bekerja sebagai pembantu rumah.
http://www.bharian.com.my/Current_Ne...33323/Article/
Gileeee ... sampai Perdana Menteri pun Prihatin
KL yakin Jakarta terus hantar amah
Oleh Magendran Rajagopal dan Rashidi Karim
bhnews@bharian.com.my
Malaysia sedia beri perlindungan sewajarnya
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak percaya Indonesia akan menarik balik pemberhentian sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia apabila yakin dengan usaha serius kerajaan menangani masalah penderaan membabitkan rakyatnya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia perlu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap kebajikan pembantu rumah warga Indonesia serta sedia memberi perlindungan sewajarnya me-ngikut undang-undang.
"Jika kemelut ini berpanjangan, ia akan membebankan ramai pasangan suami isteri yang bekerja kerana masalah untuk menjaga anak, terutama bagi ibu yang bekerja.
"Justeru, kita perlu tegar membanteras penderaan pembantu rumah asing ini. Apabila keyakinan mereka (Indonesia) kembali, saya pasti larangan terhadap rakyat mereka bekerja sebagai pembantu rumah di sini akan dibatalkan.
"Saya berpendapat larangan ini lebih merugikan Indonesia jika berpanjangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John di sini, semalam.
Khamis lalu, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Erman Suparno, dipetik berkata Indonesia memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan kajian semula memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara selesai.
Perbincangan itu diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.
Sementara itu, mengulas amalan media Indonesia yang kerap mengkritik Malaysia apabila tiba musim pilihan raya di negara itu, Najib berkata, ia hanya laporan berbentuk sensasi tetapi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan masih baik.
Sementara itu, di KANGAR, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata Malaysia mungkin mendapatkan sumber tenaga pembantu rumah dari negara Asia lain, termasuk Filipina dan China jika Indonesia meneruskan keputusan menghentikan penghantaran amah.
"Kementerian akan mendapatkan kata putus dalam perbincangan dengan rakan sejawat saya dari Indonesia, Erman Suparno yang dijadual melawat negara ini, 2 Julai depan," katanya selepas menghadiri Konvensyen MIC Perlis, di sini, semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_Ne...30513/Article/
----------------
wuakakakkkk ... baru pembantu yang di boikot, apalagi para pekerja bangunan dan buruh TKI kita yang kini mayoritas bekerja di pabrik-pabrik elektronik mereka ...![]()






LinkBack URL
About LinkBacks




Reply With Quote



Bookmarks